BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

RAHSIA RAMADHAN

HIDUPKAN RAMADHAN

KENANGANKU BERSAMA UST ASRI IBRAHIM

KIRIMAN-Zain Mohamad Isa ( str2u@yahoo.com )

Aku mengenali us asri sewaktu aku di kelas maahad qiraatul quran di kg sempadan pada tahun 1987. waktu itu aku berumur 13 tahun dan waktu itu kami yang mengenalinya memanggilnya dengan panggilan ABANG ASRI. dia juga pernah menjadi KETUA PELAJAR di kg sempadan sana.

Alhamdulillah, aku juga di pilih menganggotai kumpulan NADAMURNI yang berpusat di MAKSI (madrasah kebudayaan dan kesenian islam) di kg sungai serai ulu langat selangor. banyak juga persembahan NADAMURNI yang sempat kami jayakan termasuk yang agak gah di DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR sewaktu pendakwah terkenal YUSUF ISLAM membuat ceramahnya disana..


Antara pengalaman dengannya yang aku masih ingat sewatu dahulu, apabila datang waktu subuh, aku ni agak liat nak bangun bila dikejutkan oleh us lain, tetapi bila us asri yang datang nak kejutkan, dia belum pun masuk pintu bilik asrama, aku dah terkejut sendiri dan mata terus cerah terang benderang... agak lama aku perhatikan memang macam tu lah.. mungkin ini salah satu aura dan karamah yang ada padanya kot...


Apabila jemaah diharamkan aku membawa haluan sendiri tetapi masih berhubungan juga melalui telefon. kami semakin akrab lagi setelah kami menjadi ahli qariah yang sama dengan us asri di BUKIT SENTOSA RAWANG.


Us asri juga selalu membeli dari ku produk cecair penjimat minyak hasil sawit untuk kegunaan kenderaan kumpulan RABBANI kerana selalu out station untuk show.


Satu hari, aku terserempak dengannya di pasar bukit sentosa. aku nampak dia sendiri yang menghantarkan KOPI RABBANI ke kedai2 yang berhampiran dan di sekitar bukit sentosa walau pun dah jadi artis terkenal. kalau artis lain jangan harap la nak tebalkan muka, pastinya hantar balaci saja. sementara isterinya saliza shahdan yang sekian lama kami memanggilnya dengan ummu jannah juga memasarkan sendiri tudung kepala yang dijahit sendiri untuk dipasarkan.


Aku telah bertanya kepadanya betapa rabbani banyak rezeki show dan sebagainya, apa perlu lagi perlu bersusah payah jual produk?? ini lah jawapannya " ANA TAK BOLEH NAK HARAPKAN HASIL SHOW YANG TAK SEBERAPA TU, ANA KENA BUAT KERJA LAIN JUGA, KALAU ANAK TAK KERJA KERAS, SAPA YANG NAK BAGI MAKAN PADA LAGI YANG SEMBILAN ORANG TU (ahli rabbani dan keluarganya)??? LAIN LA KALAU ANA JALAN SOLO.... "


Terasa sebak di dada aku bila mendengarkannya... betapa dia pentingkan juga rezeki yang lagi sembilan orang itu yang telah banyak melalui suka duka kehulu kehilir bersamanya adakala hingga pulang lewat malam dan awal pagi. walau pun sebenarnya dia akan amat berjaya dalam kariernya jika dia bergerak solo... tapi itu lah keperibadiannya.


Walau pun aku bukan DYMM YDPA, atau SULTAN, di sini aku menganugerahkan kepadanya gelaran "BAPA NASYID NEGARA" kerana sumbangannya dalan bidang seni nasyid negara... dan aku anugerahkan juga kepadanya gelaran "DATO ASRI IBRAHIM" yang semangnya wajar dan layak untuknya lantaran jasanya dan keperibadian nya yang bersih dan bolih digunakan tanpa was2..


Aku pasti ramai kenalan lama, sahabat, rakan, peminat, dan juga bekas2 tuan gurunya ybhg termasuk us ASHAARI MUHAMMAD bersedih dan terkejut dengan pemergian IKON REMAJA DAN RAKYAT ini.


Aku juga dapat bayangkan betapa TERKEJUTNYA dan GEMBIRANYA PENGHUNI2 SYURGA menyambut kedatangannya yang terlalu awal dan tidak disangkakan di atas sana. mungkin juga di sana telah diumumkan ketibaan us asri dan riuh rendahlah suara penghuni2 syurga menyambutnya... aku harap us asri juga glemer di dunia juga akhirat.


Apakah dia sedang menghiburkan penghuni2 syurga disaat ini??? mungkin rasululllah juga dan para2 sahabat sedang dihiburkan dengan kemerduan suaranya disana??? allahhuakbar.... maafkan aku jika aku terlebih berfantasi disini... apa yang aku harapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai melepaskannya dengan rela dan pasang lah cita2 untuk bertemunya di dalam syurga disana nanti... alfatihah. (maaf aku tak pandai mengarang)

ALFATIHAH



Alfatihah....

Jasamu tetap di kenang,Engkaulah pahlawan agama yang gagah..


Pendakwah dan penghibur sejati,menyampaikan melalui hati..


Dikagumi segenap masyarakat dan sahabat taulan.


Semoga aman di sana bersama para anbia'