BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

SEJARAH NADAMURNI

Pada tahun 80 an, ketika irama rock menguasai pentas hiburan, ketika muda mudi mengenakan imej seluar ketat dan tshirt matahari, rambut mengerbang dan kasut aliph menjadi ikutan di seluruh negara, ketika itulah juga kumpulan ini menapak,tiada siapa yg sedar akan kemunculannya.Bermula hanya dengan membuat persembahan di majlis ceramah2, dan yang paling menyedihkan mereka merakam album didalam gelung (saluran air) di Kg Sg Penchala.Diwaktu itu mereka belum ada studio ataupun alat muzik.Mereka hanya bernasyid bersama dengan satu nada sahaja.Di waktu itu juga mereka belum lagi menamakan kumpulan mereka.Mereka dikenali sebagai kumpulan nasyid Putera2 Al Arqam Malaysia.Antara lagu2 awal mereka ialah seperti,
-Masyarakat islam telah bermula
-Tanpa agama
-Mari mari kita sejenak mengingat
-Maridhallahuilla
-Kholidubilquran
-Islam yang telah berkembang
-Di pondok kecil
-Disini kami berkumpul
-dan banyak lagi

Kemudian apabila mereka mendapat sedikit bantuan, mereka mula mengenakan pakaian seragam seperti jubah putih dan serban putih.Mereka juga sudah mempunyai sistem audio,dan mereka juga sudah ada studio sederhana.Tetapi mereka masih tidak menggunakan alat muzik seperti kompang dan sebagainya. Mereka teus merakamkan album dan membuat persembahan di majlis2 ceramah anjuran Al Arqam.Ketika ini lah saudara Asri Ibrahim membuat penampilan pertama nya sebagai vokalis utama kumpulan ini,ketika ini mereka masih lagi menggunakan nama Putera2 Alarqam malaysia,kadang2 juga di kulit album mereka menggunakan nama Syukbah Kebudayaan Alarqam.Album mereka sangat laris di pasaran ketika itu,kerana mereka menjual kaset2 mereka dari rumah kerumah,mereka juga di support oleh semua ahli2 alarqam.Boleh dikatakan setiap ahli alarqam membeli album mereka,lagu2 mereka juga menjadi siulan pelajar2 alarqam seluruh dunia.Bagi jemaah alarqam itulah sahaja hiburan untuk mereka.Setiap kali aktiviti mengedar suratkhabar atau risalah alarqam oleh pelajar2 tersebut,pasti mereka akan turut menjual kaset2 mereka.Manakala lagu2 mereka juga semakin hari semakin ada peningkatan,tetapi mereka masih tidak menggunakan alat muzik,mereka hanya mempelbagaikan cara menyampaian dengan memasukkan suara latar kanak2,suara harmoni,suara bass dan selingan sajak dari saudara Dinie Juri dan Pak Nora.Antara lagu2 studio awal mereka pula ialah seperti
-Maulana
-Yarobbi sallimna
-Sifat 20
-Harapanku padamu subur kembali
-Sampailah waktu
-Bila izrail
-Dll

Antara album yang paling laris waktu itu ialah album Kelahiran.boleh dikatakan setiap ahli alarqam memiliki album ini.Persembahan mereka juga sudah mula nampak kemajuan,apabila mereka mengenakan pakaian yg terbaru seperti jubah putih kilat serta meletakkan render di bahagian butang,serban tebal atau serban turki berwarna hitam,dan kasut hitam.mereka juga kadang2 menggunakan serban turki berwarna hijau sebagai selendang.Sambutan kepada mereka juga semakin hari semakin menggalakkan.mereka sudah mula membuat persembahan di dewan2 besar,di perkarangan masjid dan padang orang ramai.Setiap kali ada persembahan mereka pasti ramai yang datang,dan mereka juga menjual kaset2 mereka semasa persembahan tersebut.Hari demi hari mereka makin meningkat,bagi mereka , memandangkan sambutan semakin menggalakkan,mereka harus adakan satu penjenamaan semula,dengan memberi nama kepada kumpulan ini,menggunakan alat muzik yang tidak melanggar syariat dan membuat studio yg baru dan lebih canggih,mereka juga sudah ada kenderaan sendiri untuk kesana kemari,mereka juga sudah mula mencari pelapis untuk diserapkan ke kumpulan mereka,biasanya mereka akan mengambil pelapis dari sekolah2 atau yayasan alarqam seluruh negara.sebenarnya mereka tidak mempunyai masalah dengan pelapis,kerana ternyata pelajar2 alarqam mempunyai bakat,dan minat yg mendalam untuk menjadi penasyid.Maka bermulalah era Nadamurni.Setelah perbincangan dibuat mereka sebulat suara bersetuju menggunakan nama Nadamurni sebagai nama yang baru bagi menggantikan nama yang lama.antara anggota2 asal Nadamurni ialah
-Asri Ibrahum
-Isman Nadim
-Rahmat Shafie
-Asri Ubai
-Faizal Osman
-Yusof sabri
-Amin
-Rosman
-Hamzah
-Hashim Ngadiman
-Dan ramai lagi

Sewaktu kemunculan album pertama menggunakan nama Nadamurni mereka sudah mula menggunakan kompang dan alat2 muzik tradisional yg lain.sewaktu itu sambutan sangat memberansangkan.Bagi seluruh jemaah alarqam dan juga pelajarnya,mereka menganggap nadamurni sudah menjadi artis yg sebaris dengan artis lain,mereka menyanjung kumpulan ini,mereka sentiasa menyanyikan dan bercerita tentang kumpulan ini.Ia bagaikan satu fenomena baru pada waktu itu,antara album setelah mereka menukar nama kepada Nadamurni ialah seperti
-Bisikan aidilfitri
-Munajat
-Potret Aidilfitri
-Cahaya Di Ufuk Timur
-Kasih Sayang
-Balada Makkatul Mukarramah
-Untukmu Rasulallah
-Dan banyak lagi

Mereka juga telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri yg diberinama OVA production.Antara produk mereka pula ialah video ceramah,kaset nasyid kanak2,kaset nasyid muslimah,kaset ceramah motivasi dll.Mereka juga pernah menerbitkan video muzikal bertajuk Permata Hati yg diterbitkan oleh saudara Farihin Abd Fatah,didalam video tersebut ada pentomen,nasyid berirama dan sajak.Pada masa yang sama Nadamurni juga telah memperkenalkan artis pertama di bawah naungan OVA Production iaitu The Zikr.antara anggota asal the zikr ialah
-Nazri Johanee(sabah)
-Zaeree
-Abu bakar
-Soleh
-Azman(sabah)

Dan antara artis2 dibawah naungan Ova Production pula ialah seperti

-Suara Smakl(juga dikenali sebagai Anugerah)
-The zikr
-Nadamurni II(kanak2)
-Shotussofwa
-Nada Athirah
-Qotrunnada(muslimah)
-Dll

Semenjak kemasukkan saudara Farihin Abd Fatah kedalam Ova Production,banyak pembaharuan yg dapat dilihat,beliau berkongsi idea dengan saudara Waharp Yusof,Sohibul Fadhil,Dinie Juri dll.mereka bekerja didalam satu pasukan dan hasilnya Nadamurni semakin diterima oleh masyarakat terutama masyarakat kampus.lagu2 nadamurni juga sudah mula kedengaran didalam radio dan tv.Meraka juga telah mengadakan pertandingan nasyid tahunan utk seluruh yayasan alarqam malaysia.Antara juara2 nasyid utk pertandingan tersebut ialah
-Kumpulan nasyid Yayasan Alarqam Kg Sempadan Pahang
-Kumpulan nasyid Yayasan Alarqam Bt Hampar Perak(kategori kanak2)

Mereka juga ada mewujudkan perkampungan kebudayaan.Terletak di Yayasan Alarqam Sg Serai Selangor bagi memudahkan lagi usaha mereka utk memartabatkan kebudayaan islam.mereka juga sudah mula mendapat undangan2 dari luar negera antaranya
-London
-Turki
-Uzbekistan
-Thailand
-Indonesia
-Dll
Anggota2 kumpulan ini juga silih berganti.Perlantikan saudara Munif Ahmad sebagai vokalist kedua mereka juga menampakkan hasil.Mereka semakin mengancam.Dan mereka tidak mempunyai masalah utk mengisi kekosongan kerana sentiasa ada pelapis baru yg boleh di serapkan.Yang paling unik nya ialah,mereka boleh membuat persembahan hingga 3 atau 4 persembahan pada satu masa,pelik bunyinya kan..mudah sahaja,anggota asal berpecah menjadi 4 dan mereka akan bergabung dengan kumpulan2 nasyid dari yayasan alarqam yg berdekatan utk dijadikan nadamurni juga.Hmmmm kreatif sekali.Disini saya ingin sertakan sekali antara kumpulan2 nasyid Yayasan Alarqam di seluruh negara antaranya-
-Nada Shahdu-Yayasan Alarqam Sg Ular Kuantan
-Syifaussudur-Yayasan Alarqam Bt Hampar Perak
-Abrar-Yayasan Alarqam Kg Talang Kuala Kangsar Perak
-Nada Athirah-Yayasan Alarqam Titi Tinggi Perlis
-Hawari-Yayasan Alarqam Kg Sempadan Lanchang Pahang
-Dll

Namun,pada tahun 1994 ketika Alarqam dan Aurad Muhammadiah diharamkan,kumpulan2 ini telah dibubarkan.ketika itu ramai antara mereka mencari haluan masing2.Tetapi sebenarnya mereka tidak gelabah.Mereka tekad untuk bangkit semula,tetapi dengan penampilan yg amat berbeza.penampilan yang bersesuaian dengan edaran masa.Jika dulu mereka berpakaian jubah putih dan serban hitam,kini mereka pelbagaikan cara pemakaian mereka dgn kameja,kot,jubah dan kopiah yg beraneka.Artis2 Ova Production juga telah berpecah untuk mewujudkan kumpulan baru,mereka membuat penjenamaan sekali lagi.Antara kumpulan2 tersebut ialah
-Rabbani-Nadamurni
-Hijjaz-Nadamurni dan The Zikr
-Raihan-The Zikr
-Now See Heart-Suara Smakl
-Jauhari-Nada Athirah
-Ust Amaluddin bergerak secara solo
-Mawaddah-Muslimah
-Dll

Ada antara mereka juga aktif bermain alat muzik dan backup artis seperti
-Hamzah-Nadamurni
-Rosdy-Nadamurni II
-Dll

Dan yang selebihnya ada yang bekerja sebagai juru audio,penerbit,pendawai elektrik dan sebagainya.Walau apapun kerja yang mereka lakukan sekarang harap sentiasa dirahmati dan diredhai,juga diharap mendapat rezeki yang halal.begitulah serba sedikit secara ringkas nya sejarah dan perjuangan Nadamurni.Bagi saya pengalaman mereka sangat unik dan tak dapat dirasai oleh yg lainnya :).akhirkata ampun maaf kalau ada tersalah fakta,terkasar bahasa dan yg menyinggung perasaan.Yang baik datangnya dari Allah dan yg tak baik dari saya sendiri,ampun maaf.
Wassalam-AbuDarwisy