BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Haji Menuju Allah

Sepohon Kayu

MaLaYsIa INdAh



Assalamualaikum
Saya tak tau la mcmana respon korang dgn lagu ni.Satu lagi,respon pihak berkuasa tentang lagu ni...Harap2 diorang wat tak kesah je laaa...sebab saya letak lagu ni hanya sekadar hiburan dan kenangan sahaja...lagipun korang juga yg minta sgt lagu ni kan....hehehehe tapi awal2 saya bagitau laaa .. quality audio lagu ni amat mengecewakan... saja x nak bagi yg high quality hehehehe...

Hari Raya Hanya Di Syurga

Rindu Di Hari Raya - Nada Athirah



RAHSIA RAMADHAN

HIDUPKAN RAMADHAN

KENANGANKU BERSAMA UST ASRI IBRAHIM

KIRIMAN-Zain Mohamad Isa ( str2u@yahoo.com )

Aku mengenali us asri sewaktu aku di kelas maahad qiraatul quran di kg sempadan pada tahun 1987. waktu itu aku berumur 13 tahun dan waktu itu kami yang mengenalinya memanggilnya dengan panggilan ABANG ASRI. dia juga pernah menjadi KETUA PELAJAR di kg sempadan sana.

Alhamdulillah, aku juga di pilih menganggotai kumpulan NADAMURNI yang berpusat di MAKSI (madrasah kebudayaan dan kesenian islam) di kg sungai serai ulu langat selangor. banyak juga persembahan NADAMURNI yang sempat kami jayakan termasuk yang agak gah di DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR sewaktu pendakwah terkenal YUSUF ISLAM membuat ceramahnya disana..


Antara pengalaman dengannya yang aku masih ingat sewatu dahulu, apabila datang waktu subuh, aku ni agak liat nak bangun bila dikejutkan oleh us lain, tetapi bila us asri yang datang nak kejutkan, dia belum pun masuk pintu bilik asrama, aku dah terkejut sendiri dan mata terus cerah terang benderang... agak lama aku perhatikan memang macam tu lah.. mungkin ini salah satu aura dan karamah yang ada padanya kot...


Apabila jemaah diharamkan aku membawa haluan sendiri tetapi masih berhubungan juga melalui telefon. kami semakin akrab lagi setelah kami menjadi ahli qariah yang sama dengan us asri di BUKIT SENTOSA RAWANG.


Us asri juga selalu membeli dari ku produk cecair penjimat minyak hasil sawit untuk kegunaan kenderaan kumpulan RABBANI kerana selalu out station untuk show.


Satu hari, aku terserempak dengannya di pasar bukit sentosa. aku nampak dia sendiri yang menghantarkan KOPI RABBANI ke kedai2 yang berhampiran dan di sekitar bukit sentosa walau pun dah jadi artis terkenal. kalau artis lain jangan harap la nak tebalkan muka, pastinya hantar balaci saja. sementara isterinya saliza shahdan yang sekian lama kami memanggilnya dengan ummu jannah juga memasarkan sendiri tudung kepala yang dijahit sendiri untuk dipasarkan.


Aku telah bertanya kepadanya betapa rabbani banyak rezeki show dan sebagainya, apa perlu lagi perlu bersusah payah jual produk?? ini lah jawapannya " ANA TAK BOLEH NAK HARAPKAN HASIL SHOW YANG TAK SEBERAPA TU, ANA KENA BUAT KERJA LAIN JUGA, KALAU ANAK TAK KERJA KERAS, SAPA YANG NAK BAGI MAKAN PADA LAGI YANG SEMBILAN ORANG TU (ahli rabbani dan keluarganya)??? LAIN LA KALAU ANA JALAN SOLO.... "


Terasa sebak di dada aku bila mendengarkannya... betapa dia pentingkan juga rezeki yang lagi sembilan orang itu yang telah banyak melalui suka duka kehulu kehilir bersamanya adakala hingga pulang lewat malam dan awal pagi. walau pun sebenarnya dia akan amat berjaya dalam kariernya jika dia bergerak solo... tapi itu lah keperibadiannya.


Walau pun aku bukan DYMM YDPA, atau SULTAN, di sini aku menganugerahkan kepadanya gelaran "BAPA NASYID NEGARA" kerana sumbangannya dalan bidang seni nasyid negara... dan aku anugerahkan juga kepadanya gelaran "DATO ASRI IBRAHIM" yang semangnya wajar dan layak untuknya lantaran jasanya dan keperibadian nya yang bersih dan bolih digunakan tanpa was2..


Aku pasti ramai kenalan lama, sahabat, rakan, peminat, dan juga bekas2 tuan gurunya ybhg termasuk us ASHAARI MUHAMMAD bersedih dan terkejut dengan pemergian IKON REMAJA DAN RAKYAT ini.


Aku juga dapat bayangkan betapa TERKEJUTNYA dan GEMBIRANYA PENGHUNI2 SYURGA menyambut kedatangannya yang terlalu awal dan tidak disangkakan di atas sana. mungkin juga di sana telah diumumkan ketibaan us asri dan riuh rendahlah suara penghuni2 syurga menyambutnya... aku harap us asri juga glemer di dunia juga akhirat.


Apakah dia sedang menghiburkan penghuni2 syurga disaat ini??? mungkin rasululllah juga dan para2 sahabat sedang dihiburkan dengan kemerduan suaranya disana??? allahhuakbar.... maafkan aku jika aku terlebih berfantasi disini... apa yang aku harapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai melepaskannya dengan rela dan pasang lah cita2 untuk bertemunya di dalam syurga disana nanti... alfatihah. (maaf aku tak pandai mengarang)

ALFATIHAH



Alfatihah....

Jasamu tetap di kenang,Engkaulah pahlawan agama yang gagah..


Pendakwah dan penghibur sejati,menyampaikan melalui hati..


Dikagumi segenap masyarakat dan sahabat taulan.


Semoga aman di sana bersama para anbia'


TEBARKAN SALAM

assalamualaikum



Bada'na

Assalamualaikum

Habiballah



Assalamualaikum



Al Quran Petunjuk Jalan

THE ZIKR - Tak Seindah Sentuhan Mata

Lailatul Qadar


YARASULALLAH (MADLEY)

ASSALAMUALAIKUM.
ALBUM UNTUKMU RASULALLAH ADALAH ANTARA ALBUM TERBAIK NADAMURNI.PENYUSUNAN LAGU YG BAIK DAN PENYAMPAIAN YG BAIK SEKALI. DAN YG PALING PENTING ALBUM NI SENANG NAK JUAL MASA MENGEDAR MAJALAH (ORD) DULU2 HEHEHEHE...TUL TAK?





BERKATA BENAR

Assalamualaikum..kali ni saya upload kan lagu yg agak lama juga,sekitar tahun 1990.waktu saya masih sekolah rendah..tapi lagu ni menampakkan pembaharuan dari nadamurni..Nadamurni menggunakan suara harmoni dan pelbagai..tanpa kompang.Vokalist utk lagu ni ialah Roseman.Hmmmm mana la si Roseman ni sekarang yerk..Adik dia nama Roslan.Diorang ni kalau tak silap orang Pahang...Apa2 pun moga kalian sentiasa sihat dan dirahmati,amin....

ANAK PEJUANG

Assalamualaikum.atas permintaan ramai saya upload kan lagu ni..tak tahu la kenapa ramai sgt yg email kat saya minta lagu ni..ada kenangan dgn lagu ni kot..apa apa pun,terimalah....ANAK PEJUANG...






KASIH SAYANG

ASSALAMUALAIKUM...hhmmmm korang mesti ingat lagi lagu ni...cuba klik!! pastu nyanyi ramai2 ye.Alaaaahhh mcm dulu2,lagu ni lah lagu siulan kita suatu masa dulu :)

haaaaa nyanyi ye..

HUKUM BERHIBUR DAN NYANYIAN MENURUT ISLAM

Assalamu’alaikum wbt.. Pertama dan selamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan RasulNya dengan membawa petunjuk agama yang benar. Cukuplah Allah sebagai saksi bahawa tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah semata-mata. Sebagai santapan rohani mahasiswa sekalian, saya ingin mengupas sedikit sebanyak berkaitan tajuk perbincangan kali ini “Hukum Berhibur Dan Nyanyian Menurut Islam”. Kenapa dan Mengapa saya memilih tajuk berkenaan? Kecelaruan mahasiswa dalam memahami hukum berhibur ini sehinggakan telah menyebabkan banyak perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam dalam masalah berhibur dan nyanyian berlaku. Namun ada juga beranggapan hiburan seperti Band, Tarian Majmuk dan Tarian Kebudayaan ini dianggap tidak bercanggah dengan syariat Allah. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menulis dan mengulas berkenaan tajuk ini agar kita semua mendapat gambaran berkaitan hiburan menurut prespektif Islam.
Allah swt berfirman yang bermaksud;

Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)
Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.


Rasulullah saw bersabda;

Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)


Yang dimaksudkan dengan alat muzik di atas ialah alat yang digunakan untuk bertujuan melalaikan umat manusia daripada Allah seperti alat muzik yang ditiup ada dipetik, ijma’ ulama mengatakan hukumnya haram kerana alunan petikan dan tiupan ini boleh menimbulkan fitnah dan membangkitkan kelalaian manusia kepada Allah. swt.



Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram???
Sebelum saya mengupas lebih lanjut persoalan ini, saya nak mengemukakan beberapa syarat hiburan dalam Islam bertaliq (mengikut) peredaran zaman sekarang:
1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsure-unsur memuja Allah adan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, lag yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.

5.Tidak menggunakan alat muzik yang ditiup dan dipetik

Contoh alat muzik yang dipetik dan ditiup ini terdiri daripada seruling, bioala, gitar, dan lain-lain yang qias (sama) dari segi kegunaan dan funsinya.


Melalui kelima-lima syarat ini, bolehlah kita menjadikan ianya panduan hukum asas dalam berhibur tetapi sebenarnya banyak lagi syarat yang dikenakan oleh para ulama’ di antaranya Syeikh Ibn Baz, Prof Yusuf Al-Qardhawi dan lain-lain lagi.

Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram???

OK. Cuba kita teliti syarat di atas berkenaan syarat dibolehkan berhibur. Sebelum saya membuat istimbat (kesimpulan hukum) izinkan saya untuk menggambarkan bagaimana cara pelaksanaan tarian majmuk/tarian kebudayaan dan band ini berlangsung.
TARIAN MAJMUK

- Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.

KONSERT BAND

- Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm(pastinya) adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.

Firman Allah swt yang bermaksud;
“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)

Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.


KESIMPULAN

Apa yang saya boleh simpulkan mengenai hukum berhibur/nyanyian ini, Islam tidak melarang kita berhibur tetapi ada batas-batasnya. Batas-batasnya adalah apa yang saya telah nukilkan di atas. Tarian Majmuk dan Band itu boleh menjadi harus hukumnya sekiranya menepati syarat-syarat di atas. Cuba bayangkan saudara/i sekalian, tarian majmuk itu boleh dilaksanakan dengan penghiburnya terdiri daripada lelaki Islam mahupun bukan Islam yang penting mesej yang disampaikan berbentuk nasihat dan kebaikan. Bila lelaki menjadi penghibur tarian majmuk maka penontonnya boleh terdiri daripada lelaki mahupun perempuan. Penulisan ini sekadar membetulkan presepsi mahasiswa Islam berkenaan hiburan yang ada di kolej mahupun di kampus.

Waallahu’alam

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Ke Atas Kita.

Ditulis Oleh,
Mohd Airil Syah
Lajnah Penyelidikan Dan Pembangunan
PMIUTMKL.