SI MANIS DIBELAKANG KOLAM RUPANYA SANG PEJUANG
ADA JUA WAJAH YG PERNAH KULIHAT DIAKHBAR
JAM SEBELAS SETENGAH MASIH ADA TAWAN MENAWAN
MALAM SEMAKIN DINGIN JALAN BRUAS TETAP BAHANG
AKU YG STUDY DISINI RASA MACAM PENDATANG HARAM
YG DIDUSTA DIKAMPUNG BERLINDUNG DI STORE BELAKANG
YANG TELAH PUDAR USIA BERLINDUNG DILORONG HITAM
HIDUPNYA TERSISIH, ... SAMPAH MASYARAKAT
QARYAH INI PENUH DGN PROJEK BINA INSANIAH
SUNGGUH INDAHNYA MALAM TAPI AKU MASIH GUSAR GUSAR, GUSAR,
MEMIKIRKAN MASA DEPAN APA YG HARUS KU LAKUKAN
KELAM MALAM PUTAR ALAM ADA ORG TUA MENGAJI
RONGGENG FRUSTRASI INSAFI DIRI SENDIRI.........
DI SEBUAH LORONG SUNYI ADA TUKARAN WANG DAN BARANG,..
DI ASRAMA PUTERI ADA FITNAH SEDANG BERLAWAN
OH MAK.............
GUSAR MENAMBAH LAGI MEMBUAT AKU MAHU MENJERIT JJEERRRIIIIIITTTTTTTT..........
MARAH PD SIAPA ????
UST ZAINAL? FAUZI? HASLIN? ZUL?
OH TIDAK..........
MARAHKAN PADA BLUES
LAGU BLUES TENGAH MALAM MALAM, MALAM MINGGU........ YYEEEAAAARRRRRRHHHHHHHHH.
puas..
-EHSAN dari b_hampar@yahoo.com
tq_________________________________________________________________________
BLUES BT HAMPAR BLUES
Dicatat oleh W M 0 ulasan
Come Back
Assalamualaikum..
Eeee lamanya x update blog sendiri :).
pe la nak jd..adoiii..
Tp der ke yg follow lg blog ni ???
Hmmmmm mklumla skrg dh ada FB dll.
X pe , alang2 dh terjebak dgn blog ni ku teruskan je laa
REDAH!!!!!!!!!
Dicatat oleh W M 0 ulasan
SALAM AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN DIATAS SEGALA KESALAHAN DAN KELEMAHAN TENTANG BLOG INI..MAAF SEKIRANYA ADA HATI YG TERSINGGUNG TENTANG PENULISAN ATAU TERBITAN BLOG INI..SEMOGA HARI LEBARAN LEBIH BERMAKNA DAN MERIAH.SEMOGA SEMUA IBADAH DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OLEH ALLAH SWT..AMIN..
Dicatat oleh W M 0 ulasan
Pemimpin Tiga Darjat
Konsert Live Pemimpin Tiga Darjat
(Ihsan memoriarqam)
Dicatat oleh W M 0 ulasan
MaLaYsIa INdAh
Assalamualaikum
Saya tak tau la mcmana respon korang dgn lagu ni.Satu lagi,respon pihak berkuasa tentang lagu ni...Harap2 diorang wat tak kesah je laaa...sebab saya letak lagu ni hanya sekadar hiburan dan kenangan sahaja...lagipun korang juga yg minta sgt lagu ni kan....hehehehe tapi awal2 saya bagitau laaa .. quality audio lagu ni amat mengecewakan... saja x nak bagi yg high quality hehehehe...
Dicatat oleh W M 3 ulasan
KENANGANKU BERSAMA UST ASRI IBRAHIM
KIRIMAN-Zain Mohamad Isa ( str2u@yahoo.com )
Aku mengenali us asri sewaktu aku di kelas maahad qiraatul quran di kg sempadan pada tahun 1987. waktu itu aku berumur 13 tahun dan waktu itu kami yang mengenalinya memanggilnya dengan panggilan ABANG ASRI. dia juga pernah menjadi KETUA PELAJAR di kg sempadan sana.
Alhamdulillah, aku juga di pilih menganggotai kumpulan NADAMURNI yang berpusat di MAKSI (madrasah kebudayaan dan kesenian islam) di kg sungai serai ulu langat selangor. banyak juga persembahan NADAMURNI yang sempat kami jayakan termasuk yang agak gah di DATARAN MERDEKA KUALA LUMPUR sewaktu pendakwah terkenal YUSUF ISLAM membuat ceramahnya disana..
Antara pengalaman dengannya yang aku masih ingat sewatu dahulu, apabila datang waktu subuh, aku ni agak liat nak bangun bila dikejutkan oleh us lain, tetapi bila us asri yang datang nak kejutkan, dia belum pun masuk pintu bilik asrama, aku dah terkejut sendiri dan mata terus cerah terang benderang... agak lama aku perhatikan memang macam tu lah.. mungkin ini salah satu aura dan karamah yang ada padanya kot...
Apabila jemaah diharamkan aku membawa haluan sendiri tetapi masih berhubungan juga melalui telefon. kami semakin akrab lagi setelah kami menjadi ahli qariah yang sama dengan us asri di BUKIT SENTOSA RAWANG.
Us asri juga selalu membeli dari ku produk cecair penjimat minyak hasil sawit untuk kegunaan kenderaan kumpulan RABBANI kerana selalu out station untuk show.
Satu hari, aku terserempak dengannya di pasar bukit sentosa. aku nampak dia sendiri yang menghantarkan KOPI RABBANI ke kedai2 yang berhampiran dan di sekitar bukit sentosa walau pun dah jadi artis terkenal. kalau artis lain jangan harap la nak tebalkan muka, pastinya hantar balaci saja. sementara isterinya saliza shahdan yang sekian lama kami memanggilnya dengan ummu jannah juga memasarkan sendiri tudung kepala yang dijahit sendiri untuk dipasarkan.
Aku telah bertanya kepadanya betapa rabbani banyak rezeki show dan sebagainya, apa perlu lagi perlu bersusah payah jual produk?? ini lah jawapannya " ANA TAK BOLEH NAK HARAPKAN HASIL SHOW YANG TAK SEBERAPA TU, ANA KENA BUAT KERJA LAIN JUGA, KALAU ANAK TAK KERJA KERAS, SAPA YANG NAK BAGI MAKAN PADA LAGI YANG SEMBILAN ORANG TU (ahli rabbani dan keluarganya)??? LAIN LA KALAU ANA JALAN SOLO.... "
Terasa sebak di dada aku bila mendengarkannya... betapa dia pentingkan juga rezeki yang lagi sembilan orang itu yang telah banyak melalui suka duka kehulu kehilir bersamanya adakala hingga pulang lewat malam dan awal pagi. walau pun sebenarnya dia akan amat berjaya dalam kariernya jika dia bergerak solo... tapi itu lah keperibadiannya.
Walau pun aku bukan DYMM YDPA, atau SULTAN, di sini aku menganugerahkan kepadanya gelaran "BAPA NASYID NEGARA" kerana sumbangannya dalan bidang seni nasyid negara... dan aku anugerahkan juga kepadanya gelaran "DATO ASRI IBRAHIM" yang semangnya wajar dan layak untuknya lantaran jasanya dan keperibadian nya yang bersih dan bolih digunakan tanpa was2..
Aku pasti ramai kenalan lama, sahabat, rakan, peminat, dan juga bekas2 tuan gurunya ybhg termasuk us ASHAARI MUHAMMAD bersedih dan terkejut dengan pemergian IKON REMAJA DAN RAKYAT ini.
Aku juga dapat bayangkan betapa TERKEJUTNYA dan GEMBIRANYA PENGHUNI2 SYURGA menyambut kedatangannya yang terlalu awal dan tidak disangkakan di atas sana. mungkin juga di sana telah diumumkan ketibaan us asri dan riuh rendahlah suara penghuni2 syurga menyambutnya... aku harap us asri juga glemer di dunia juga akhirat.
Apakah dia sedang menghiburkan penghuni2 syurga disaat ini??? mungkin rasululllah juga dan para2 sahabat sedang dihiburkan dengan kemerduan suaranya disana??? allahhuakbar.... maafkan aku jika aku terlebih berfantasi disini... apa yang aku harapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai melepaskannya dengan rela dan pasang lah cita2 untuk bertemunya di dalam syurga disana nanti... alfatihah. (maaf aku tak pandai mengarang)
Dicatat oleh W M 8 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)






Semoga aman di sana bersama para anbia'